Ambulan's Blog

Di Sini Bermulanya Ambulan Anda

Borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Seperti biasa setiap hujung tahun, kakitangan kerajaan akan sibuk dengan SKT masing masing tidak terkecuali saya. Cuma kali ini ada sedikit kelainan, ini kerana SKT saya dinilai oleh PPP yang baru pertama kali menilai. Semalam saya dan Pak Sheikh dipanggil oleh PPP Khairuddin berkenaan SKT. Ini kerana SKT pemandu seperti kami sedikit berlainan terutama dari segi peratusan sasaran kerja.

Pak Sheikh lagilah pelik dengan keadaan ini, memandangkan borang SKT itu telah dia isi dengan maklumat yang sama sejak dia mula kerja. Cara yang sama juga dia mengisi maklumat SKT dan dia pernah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang sebanyak dua kali. Sebab itulah Pak Sheikh dan saya sedikit keliru apabila PPP Khairuddin memaklumkan cara pengisian SKT kami adalah salah dan tidak tepat.

Saya malas nak nak mengusutkan keadaan, dan mencadangkan supaya perkara ini dimaklumkan ke Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan untuk pengesahan. Bertambah menarik apabila semua pemandu di Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan juga mengisi borang SKT dengan cara yang serupa dengan kami di sini. Saya sendiri di tempat kerja lama di Hospital Cameron Highlands mengisi borang SKT dengan cara yang sama. Nak buat macam mana dah memang begini caranya jawatan pemandu mengisi borang SKT. Kami seluruh pemandu KKM yang mengikut sahaja apa yang telah dibuat oleh pemandu vateran sebelum ini.

About these ads

23 Disember 2008 - Posted by | Coretan |

1 Komen »

  1. Can you tell us more about this? I’d want to
    find out more details.

    Komen oleh cash | 15 April 2014


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: