Ambulan's Blog

Di Sini Bermulanya Ambulan Anda

Bercuti Di Langkawi

langkawi

Setelah hampir 2 tahun bekerja tanpa mengambil cuti, maka minggu lepas saya bersama keluarga termasuklah adik ipar dan 2 orang kakak ipar beserta keluarga masing-masing meluangkan masa hampir seminggu untuk bercuti ke kangar, langkawi, parit buntar, taiping dan KL.

Saya cuma memohon cuti selama 3 hari sahaja, ini memandangkan 2 hari sebelum adalah cuti Hari Raya Cina. Perjalanan bermula sebelum subuh pada hari sabtu. 4 buah kereta semua sekali yang akan berkonvoi sehingga ke kangar. Kami semua tiba ke Kangar lebih kurang pada jam 7.00 mlm. Sepatutnya kami boleh tiba lebih awal, namun keadaan lebuhraya PLUS yang terlalu jem akibat dari cuti perayaan telah melambatkan perjalanan kami.

Hari Ahad barulah kami memulakan perjalanan menuju ke jeti Kuala Perlis untuk menuju ke Pulau Langkawi. Hampir 45 minit terpaksa beratur untuk membeli tiket feri yang berharga RM18 dewasa dan RM12 kanak-kanak. Kami semua menaiki feri yang dijadualkan jam 10.00 pagi, namun pada jam 10.50 barulah dapat menaiki feri yang terlewat oleh kerana kesesakkan penumpang yang ramai. Jam 12.15 tengahari barulah dapat mendarat di jeti Kuah, Langkawi.

Kami semua bermalam di Langkawi Chalet selama 2 malam, ini bagi mendapatkan pelepasan cukai kastam. Bagi yang berada lebih dari 48 jam di pulau Langkawi akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM500 seorang. Banyaklah juga yang diborong oleh isteri masing-masing termasuklah isteri saya juga.

Memandangkan tiada antara kami semua yang pernah datang ke Pulau Langkawi, maka saya telah dipilih untuk berada di hadapan konvoi kereta yang disewa. Destinasi pertama yang saya pilih adalah Taman Burung, Air Hangat dan Pantai Pasir Hitam pada hari pertama. Hari kedua saya membawa semua menaiki Kereta Kabel Gunung Mat Cincang dan Underwater World dan membeli belah pingang mangkuk dan coklat di pekan kuah. Hari terakhir saya memilih untuk ke Makam Mahsuri dan Beras Terbakar.

Sebenarnya masih ada lagi tempat yang tidak berkesempatan untuk kami semua melawat. Saya dan keluarga akan datang lagi lain kali ke langkawi, hanya saya dan keluarga sahaja di kali yang lain. Semestinya akan berada di Langkawi selama 3-4 malam, dan aktiviti menyelam dan skuba akan saya lakukan di lain kali.Pantai Pasir Hitam

About these ads

5 Februari 2009 - Posted by | Coretan

2 Komen »

  1. padahal dok d langkawi pon dok fikir SRO..kekekekek

    Komen oleh haha | 10 Februari 2009

  2. fikir dalam hatilaaa. Kena cover dari bini aku!
    kekeke

    Komen oleh ambulan | 10 Februari 2009


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: