Ambulan's Blog

Di Sini Bermulanya Ambulan Anda

Ambulan Inokom

Ambulan Inokom

Inilah antara jenis ambulan yang paling tidak digemari oleh para pemandu ambulan. Antara penyebab kerana kerana tidak digemari adalah kerana kedudukan pedal minyak dan brek yang terlalu hampir. Saya sendiri pun sering kali mengalami masalah, maklumlah kaki besar, bila nak tekan minyak dengan brek sekali tertekan. Kedudukan seat pemandu pulak tidak boleh dilaras turun dan naik. Untuk laras depan ke belakang pula hanya dalam jarak 2-3 inci sahaja yang boleh. Masalah enjin mudah panas pun menimbulkan sedikit kerumitan. Tangki air untuk radiator diikat melalui dua urat getah tebal yang perlu ditanggalkan setiap kali hendak menambahkan air.

Para jururawat dan lain-lain kakitangan yang mengiringi pesakit di dalam ambulan jenis ini. Keadaan di tempat duduk belakang cukup mencabar. Dengan keadaan tertutup dan seat penumpang belakang yang mengadap ke sisi. Seringkali kakitangan yang mengiringi loya dan muntah-muntah, terutama apabila kes yang dibawa adalah kecemasan dan Tag Merah.

Bagi saya sendiripun, mengharapkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia tidak lagi membeli kenderaan jenis ini untuk dijadikan ambulan. Apabila kenderaan yang dipandu tidak selesa, bagaimana aspek keselamatan pula?

17 Disember 2008 - Posted by | Ambulan | ,

4 Komen »

  1. bro x kan iveco x da kot!!!! inokom skrg bagi kat pejabat agama je buat van mayat…… kalau terpaksa nak wat mcm mane ek? toyota x da keee?

    Komen oleh transpoter r6 | 9 Julai 2009

  2. inokom ni masa aku keje kat hospital cameron yang lama..
    hospital cameron yang baru ni skrg dah ada 2 buah iveco.
    by the way.. ko guna ambulan jenis apa?

    Komen oleh Hasrulnizam | 10 Julai 2009

  3. betul lah bro..kt tempat saya bertugas pun ada sebijik ambulan inokom..memang masalah pun..kiteorang elak tuk bwak inokom tu…tak laju!..tapi ambulan tu da nak lupus da,sekarang ada dapat dua bijik ambulan toyota..hiace super long dan hiace biasa..tapi iveco terbaik la bro

    Komen oleh isz@kulaijaya | 11 Julai 2011

  4. Kalau boleh buat laporan secara rasmi

    Komen oleh Azman Husin | 7 Oktober 2011


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: