Ambulan's Blog

Di Sini Bermulanya Ambulan Anda

Ambil Vaksin Di RSAT

Pukul 3 petang tadi saya ditugaskan oleh Sister untuk membawa seorang JM dan PRA ke RSAT untuk mengambil Vaksin. Rupa-rupanya Klinik tempat saya bertugas terpaksa meminta bantuan pihak RSAT untuk menyimpankan Vaksin, ini kerana Peti Sejuk di Klinik tidak dapat menampung jumlah Vaksin yang banyak.

Masalah ini tidak pernah wujud dahulu, cuma semenjak 2 bulan kebelakangan ini sahaja. Ini kerana sekarang pihak klinik dikehendaki menginden Vaksin sebulan sekali. Berbanding dahulu cuma seminggu sekali. Namun bantah pun pun tak guna, kata putus telah diberikan oleh Pegawai Farmasi dan kenalah semua pihak di sini akur.

Apabila sudah menerima bekalan vaksin untuk sebulan, maka mulalah kelam kabut tak tahu di mana hendak menyimpan vaksin. Pernah juga vaksin ditumpang simpan di Klinik Desa Kempadang, Klinik Desa Panching Selatan dan yang terbaru di RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera)

Kami semua pemandu di sini tiada masalah untuk mengambil vaksin. Tak perlu gunakan ambulan pun, cukuplah dengan membawa van ford. Memang kerja macam kartun, sebabnya Van yang dibawa adalah van jenis penumpang, ruang untuk mengisi barang adalah terhad. Ice Box mudah alih pula cukup besar dan berat, sudahnya kami terpaksa mengambil vaksin sebanyak 2 trip. Yang perlu dikhuatirkan adalah kemungkinan Vaksin boleh rosak kerana berada dalam suhu yang tidak sepatutnya. Apa boleh dibuat? Tak boleh nak buat apa! Terpaksalah kami semua akur menjalankan tugas. Nak buat macam mana, berkhidmat untuk negara!

18 Disember 2008 - Posted by | Coretan | ,

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: