Ambulan's Blog

Di Sini Bermulanya Ambulan Anda

Ambulan Dipinjam

Hari ini cukuplah 3 hari ambulan Klinik Kesihatan Jaya Gading dipinjam oleh Klinik Kesihatan Gambang. Saya dan pemandu yang lain di sini terpaksalah membenarkan jua, walaupun berat hari ini untuk melepaskan ambulan untuk dipinjam oleh pihak lain. Antara sebab kenapa kami keberatan ialah, pemandu Klinik Kesihatan Gambang memandu ambulan kami dengan sedikit kasar dan ganas. Itulah pasalnya kenapa ambulan Klinik Kesihatan Gambang sendiri sering kali mengalami kerosakkan.

Klinik Kesihatan Gambang mengunakan ambulan jenis Iveco. Ambulan jenis ini dikatakan antara yang selesa dipandu, namun kecanggihan ambulan jenis iveco ini menyukarkan apabila mengalami kerosakkan, walaupun kerosakkan tersebut adalah amat kecil. Di masa akan datang, saya akan cuba menceritakan mengenai ambulan iveco dengan lebih terperinci dan akan sertakan gambar sekali.

Di Klinik Kesihatan Jaya Gading, kami mengunakan ambulan jenis toyota urvan. Saya pernah mengunakan Iveco semasa bertugas di Hospital Cameron Highlands. Kalau nak dibandingkan, ambulan jenis Toyota Urvan adalah yang paling selesa bagi saya. Ini kerana ianya cukup stabil apabila memecut laju, memotong dan mencilok. Paling penting dengan keadaan badan ambulan jenis ini yang kecil dan mantap, ianya boleh dikatakan A+.

22 Disember 2008 - Posted by | Ambulan | ,

3 Komen »

  1. hi ace!!!!!!

    Komen oleh transpoter r6 | 9 Julai 2009

  2. minta maaf …saya pemandu ambulan terengganu….setahu saya tiada toyota urvan kalu nissan urvan….biasa toyota hiace biasa atas sikap pemandu sendiri yang menjaga kenderaan..harap kepada pemandu2 kkm bersikaplah sayangi kenderaan jabatan macam kita yang punya..minta maaf kalu komen ini menyinggung perasaan en. hasrulnizam

    Komen oleh shairul | 8 Januari 2012

  3. terima kasih atas teguran dari Transpoter dan shairul…
    Kesilapan saya sendiri atas fakta yg silap antara Toyota Hiace dan Nissan Urvan. Terima kasih sekali lagi!

    Komen oleh ambulan | 12 Januari 2012


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: