Ambulan's Blog

Di Sini Bermulanya Ambulan Anda

Pasukan Perubatan Di Penempatan Banjir

Hari ini merupakan hari kedua saya mula dikerahkan membawa pasukan perubatan ke lokasi penempatan banjir. Semalam pasukan perubatan saya mula dikerahkan bermula pada jam 5.00 petang. Antara penempatan yang perlu kami kunjungi adalah Dewan Orang Ramai Jaya Gading, SK Fakeh, SM Pandang dan Sek Gudang Rasau.

Penempatan pertama yang kami tujui adalah Dewan Orang Ramai Jaya Gading. Sewaktu sampai mangsa banjir lebih kurang dalam 100 orang. Akan tetapi keadaan di dalam dewan sedikit menyedihkan, ini kerana atap dewan yang bocor dan membasahi seluruh lantai dewan. Mangsa banjir terpaksa diletakkan di kawasan pentas yang sempit dan tidak selesa. Namun semua itu terpaksa dihadapi, ini memandangkan ketiadaan kawasan lain yang sesuai untuk dijadikan penempatan. Kaawasan Sekolah Keb Jaya Gading sendiri pun ditengelami air.

Seterusnya pasukan perubatan kami terus ke SK Fakeh. Keadaan di sini adalah lebih baik, walaupun bilangan mangsa hampir 200 orang. Kantin sekolah dijadikan tempat makan juga berada di dalam keadaan bersih dan teratur. Sewaktu menunggu doktor, PPP dan SN memeriksa pesakit. Saya dan beberapa bertugas lain sempatlah juga makan malam di sini. Alhamdulilah, boleh tahan juga masakan di penempatan banjir ini.

Jam hampir 8.30 mlm sewaktu kami tiba di sekolah Gudang Rasau. Bagi saya, inilah antara pusat pemindahan banjir yang paling selesa. Maklumlah sekolah ini baru sahaja beroperasi, sudah semestinya dewan, surau dan kantin berada di dalam keadaan Tip Top. Bilik tempat mangsa banjir tidur pun ada karpet lagi tu. Akhir sekali kami ke Sekolah Pandan yang menempatan jumlah mangsa lebih kurang 180. Bolehlah tahan keadaan di sini walaupun tidak sebaik sekolah Gudang Rasau. Tugas kami semua tamat pada jam 10.30 mlm.

Hari ini kami bermula awal iaitu jam 7.30 pagi, ini kerana kami dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang dan Menteri Besar akan melawat Pusat Penempatan di SK Fakeh dan Sekolah Pandan. Hari ini juga pusat penempatan baru dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Mahkota Aman yang menempatkan seramai 19 orang sahaja. Sewaktu saya menulis ini, saya masih berada di Bilik Gerakkan Banjir Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan. Masih lagi menunggu PPP menghantar laporan harian.

Akhir sekali terima kasih kepada semua petugas Bilik Gerakkan Banjir, Pusat Pemindahan dan Orang Ramai yang memberikan pertolongan dan sokongan.

Pasukan Perubatan Jaya Gading Terdiri :-

1. Dr Wan       2.Dr Rahimi      3.Dr Boi Saidi      4.PPP Khairuddin     5.SN Syikin     6.JM Dalilah      Hasrulnizam (sayalah tu)

4 Januari 2009 - Posted by | Banjir

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: