Ambulan's Blog

Di Sini Bermulanya Ambulan Anda

Klinik Kesihatan Jaya Gading

img_04002Disinilah saya bertugas sebagai Pemandu Kenderaan R3. Tugas di sini tidaklah hanya sekadar untuk memandu ambulan. Saya juga perlu menjalankan urusan penghantaran surat atau reten. Penghantaran sample darah dan urin, ambil ubat untuk farmasi dan sebagainya. Tugas ini dijalankan secara bergilir, di sini seramai 3 orang pemandu bertugas termasuklah saya.

Boss paling besar di sini ialah Dr Iskandar Firzada b Osman U52. Lain-lain doktor ialah Dr Syuhada & Dr Boi Saidi, dibantu oleh PPP 32 Abu Bakar, PPP 29 Khairuddin, PPP 29 Mohd Azlan dan PPP 29 Zaiyani. Masa perkhidmatan Klinik adalah dari 8.00pagi-5.00 petang. Rehat macam biasalah, jam 1.00ptg – 2.00ptg. Saya ditempat di unit OPD (Pesakit Luar) Dibawah selian En Abu Bakar iaitu PPP32 (Penolong Pegawai Perubatan) yang dahulu dikenali sebagai MA ataupun Pembantu Perubatan.

Di sini adalah tempat tumpuan bagi student PPP dan student Nurse membuat praktikal. Kadang-kala ada juga Nurse yang mengambil Pos Basik Perbidanan ditempatkan di sini. Semasa aktikel ini ditulis, seramai 8 orang student PPP membuat praktikal di sini. Mereka semua ditempatkan di kuater dalam kawasan Klinik Kesihatan Jaya Gading.

Jarak antara klinik dengan rumah saya cumalah lebih kurang 1km sahaja, inilah antara penyebab utama saya memilih utuk berkhidmat di Klinik Kesihatan Jaya Gading. Sememangnya saya suka bertugas di Klinik Kesihatan Jaya Gading kerana suasana kerja yang mudah, teamwork dari kakitangan lain yang mesra dan kekadang bilangan pesakit yang hampir mencecah 250 orang sewaktu hari Isnin setiap minggu juga menambahkan semangat untuk kami semua bekerja dan memberi khidmat yang tulus dan ikhlas.

9 Februari 2009 - Posted by | Ambulan

9 Komen »

  1. Salam bro , saya sgt tertarik dgn tagline ambulans. Alhamdulillah dengan wujudnya laman blog sdr kami telah berjaya menjejak di mana Dr Boi Saidi . Pusat Alumni UPM sedang mencari Dr Boi Saidi . mcmana kami ingin berhubung dengan beliau..? kawan lama dia di upm ramai mencari beliau.sampaikan salam kami pada boi saidi dan mohon emailkan kepada kami . Thanks bro

    Komen oleh Ezad& rahimi | 20 Februari 2009

  2. bagus2…ada blog sendiri pilot klinik kesihatan.kalamazlan.blogspot.com…..PPP KKlunas Kedah

    Komen oleh azlan | 2 Jun 2009

  3. Assalamualaikum,sy nk tnye adkh Dr.Ardi is the manager of this clinic?

    Komen oleh acutezsue ayumi | 16 September 2009

  4. KK jaya gading dibawah Dr Iskandar Firzada.
    Dan untuk makluman.. Dr Ardi ialah Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

    Komen oleh Hasrulnizam | 17 September 2009

  5. Assalamualaikum, En Hasrul. Update la blog ni.

    Saya dengar ada pertukaran staf atau staf baru.

    Komen oleh Ahmad Darween | 1 Februari 2010

  6. maaf kerana terlalu lama tidak update blog ini.
    Ditambah pula saya sering menghabiskan masa dengan FB.
    Berkenaan staf baru, untuk masa ini ader beberapa pertukaran yang melibatkan jawatan PPP. Pertukaran seorang PPP32 dari sini ke Bera. Dan pertukaran PPP29 ke sini dari KK Manek Urai

    Komen oleh Hasrulnizam | 4 Februari 2010

  7. mmg best woo k.k jaya gading. staff semua ok2 je. aku sungguh bertuah dpt keje disini. ppp hakimi

    Komen oleh ppp hakimi | 3 Jun 2011

  8. assalamualakum,kepada presiden kesatuan pemandu kesihatan msia dan pengerusi kesatuan pemandu cwgn pahang.seharusnya kamu tidak terlena lg.kotakan janjimu utk membela nasib 2 org pemandu dari cwgn phg yg telah di buang kerja dan digantung dari memandu kereta jabatan kerana kemalangan jalanraya.

    Komen oleh abdulrahim | 6 Jun 2011

  9. terima kasih di atas ingatan itu en abdulrahim, saya akan sentiasa cuba mendapatkan maklumat terkini berhubung status kedua pemandu tersebut.

    Komen oleh ambulan | 9 Jun 2011


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: