Ambulan's Blog

Di Sini Bermulanya Ambulan Anda

Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Pemandu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Pada 28 Mei 2011 yg lalu Persatuan Kebajikan Pemandu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi tahunan bertempat di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands. Semangat untuk menghadiri Mesyuarat ini amatlah membuak buak dan tinggi sekali, maklumlah sejak saya bertukar ke kuantan, sudah hampir 4 tahun saya tak menjejakkan kaki ke Cameron Highlands.

Saya bersama sama 8 org pemandu dari PKD Kuantan menaiki Van Kia Pregio yang dipandu oleh saudara Alias, mula bergerak meninggalkan Kuantan dan menuju ke Tanah Tinggi Cameron Highlands pada jam 8.45 pagi. Kami memilih untuk mengunakan jalan Sg Koyan, Pos Betau dan terus ke Ringlet untuk ke Cameron Highlands. Lagipun masa perjalanan kami dapat dijimatkan lebih kurang 2-3 jam berbanding jika mengunakan jalan lama iaitu Btg kali, Tg Malim dan Tapah. Lagipun jalan Pos Betau ini tidaklah sempit dan mempunyai selekoh tajam berbanding dengan jalan Tapah.

Kami semua tiba di rumah peranginan persekutuan lebih kurang jam 1.30 petang, dan tanpa membuang masa terus daftar kehadiran dan mendapatkan bilik penginapan masing-masing. Cukup menarik kerana kami semua ditempatkan di asrama dan tidur di katil 2 tingkat. Betul-betul macam waktu kena kursus di Biro Tatanegara. Bagi yang sampai awal seperti kami semua maka, katil bawahlah yg menjadi pilihan. Sebaik saja selesai solat Zohor dan Asar yang dijamakkan, maka bermulalah aktiviti “jalan-jalan cari makan”.  Pada jam 6.30 petang kami semua tiba kembali ke rumah peranginan persekutuan bagi makan malam, maklumlah tempat sejuk di Cameron Highlands memang perut cepat rasa lapar. Menu makan malam nasi adalah nasi ayam bungkus yg dibawa khas dari Temerloh!

Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Pemandu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bermula pada jam 8.00 malam dengan urusan pendaftaran. Sebaik sahaja selesai dengan urusan pendaftaran, mesyuarat diteruskan dengan ucapan tuan pengerusi iaitu En Abdul Malik Bin Awang. Ucapan tuan pengerusi mengingatkan kepada semua ahli betapa pentingnya para pemandu kenderaan JKNP menjadi ahli dalam persatuan, Pengerusi juga menceritakan serba ringkas mengenai sejarah penubuhan persatuan kebajikan. Dan akhir sekali, Pengerusi juga menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan yang disandang kini untuk bersama-sama berjuang untuk ahli dan persatuan walaupun beliau telah pun bersara.

Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agung Persatuan pada 2009 oleh setiausaha iaitu En Mustafa bin Awang. Tiada sebarang pindaan pada minit mesyuarat ini dan diteruskan pula dengan pembentangan penyata kewangan pesatuan bermula 1 januari 2009 – 31 disember 2010 oleh bendahari iaitu Tuan Haji Mohd Amin bin Husin. Seterusnya mesyuarat dibuka untuk sebarang usul tambahan. Hanya satu sahaja usul tambahan iaitu mencadangkan supaya elaun cuci kenderaan diwujudkan. Pengerusi menyatakan usul akan dibawa ke mesyuarat AJK yang bakal dilantik.

Seterusnya pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pemandu JKNP bagi sessi 2011 – 2013. Pemilihan jawatankuasa dilakukan secara undi angkat tangan. Penyandang Pengerusi persatuan En Abdul Malik b Awang menarik diri dari bertanding sebaik sahaja pertandingan jawatan Pengerusi melibatkan 3 penjuru antara beliau, En Uyup b  Abd Ghani dan En Mustafa b Awang.

Keputusan Jawatankuasa adalah seperti berikut :

  1. Pengerusi : En Uyup b Abd Ghani (Hosp Muadzam Sah)
  2. Timb Pengerusi : En Mustafa b Awang (PKD Kuantan)
  3. Setiausaha : En Hasrulnizam b Azmi (KK Jaya Gading)
  4. P. Setiausaha : En Arumugan a/l Aruchunan (PKD Raub)
  5.  Bendahari : Hj Mohd Amin b Husin (HTAA)
  6. P. Bendahari : En Idros b Sulong (HTAA)
  7. AJK : En Tajuddin b Jaafar (PKD Kuantan)
  8. AJK : En Halim b Hussin (Hosp Jengka)
  9. AJK : En Husin b Abd Rahim (KK Bandar Tun Razak)
  10. AJK : En Zafri b Ali (PKD Maran)
  11. AJK : En S. Santhirasagar a/l Sangunney (Hosp Raub)
  12. AJK : En Baharudin b Ahmad (Hosp Lipis)

Saya benar-benar terkejut apabila nama saya dicadangkan oleh Abg Din “En Tajuddin b Jaafar” apabila nama saya dicadangkan olehnya sebagai Setiausaha dan menerima sokongan sebulat suara tanpa pertandingan. Kecut hati saya apabila diamanahkan tanggungjawab ini yg tidak pernah saya terlintas untuk fikir. Bahkan saya tidak pernah menyandang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan lagi. Saya benar-benar harapkan kepada saudara saudara yg sudah lama dalam persatuan terutama En Mustafa iaitu Timbalan Pengerusi baru merangkap mantan Setiausaha lalu sudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh ahli kepada saya. Silalah kepada semua memberi teguran dan tunjuk ajar.

Mesyuarat tamat pada jam 11.30 malam dalam keadaan yg  sedikit hangat dan panas kerana isu  berkaitan insuran CIMB Aviva yg bakal dibentangkan pada esok hari dalam Mesyuarat Agung Kesatuan Pemandu Pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia Cawangan Pahang. Memang panas waktu mesyuarat keesokkannya, maklumlah Presiden Kesatuan, Setiausaha dan Bendahari Agung dari pusat sendiri hadir. Dan keputusan yang dibuat pada keesokkan hari memang mengejutkan Presiden Kesatuan, Setiusaha dan Bendahari Agung. Bagaimana perjalanan mesyuarat yg panas esok? Tunggu…. Di Nurkilan akan datang.

Maklumat tambahan

  • Ahli yang hadir dalam mesyuarat agung menerima elaun kehadiran sebanyak RM20 sebagai tanda penghargaan.
  • Seramai 268 org pemandu yg menjadi ahli Persatuan Kebajikan
  • Yuran Keahlian hanya RM2 sebulan
  • Ahli Seumur Hidup RM50
Kelebihan Menjadi Ahli
  • Sumbangan Kecemerlangan Anak
  • Insuran Kelompok Secara PERCUMA
  • Sumbangan Kemasukkan wad
  • Sumbangan persaraan
  • Sumbangan Khairat Kematian

Saya selaku Setiausaha Persatuan Kebajikan Pemandu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Baru menyeru kepada para pemandu kenderaan yang bertugas dengan JKNP negeri pahang supaya mendaftarkan diri sebagai ahli bagi faedah kita bersama. Sekiranya perlukan sebarang maklumat berkaitan Persatuan Kebajikan silalah hubungi saya ni 0179814210 saudara boleh juga memberikan terus post di sini sebagai maklum balas.

30 Mei 2011 - Posted by | Persatuan | , , , , ,

8 Komen »

  1. saya bangga dengan S/U baru ni.seorang yg kretif

    Komen oleh abdulrahim | 30 Mei 2011

  2. mekasih.. atas sokongan semua.
    Semoga blog ini boleh menjadi platform bagi Persatuan sementara menunggu yg rasmi diwujudkan

    Komen oleh ambulan | 31 Mei 2011

  3. kebajikan ahli seperti di gantung kerja kerana kemalangan perlu dibantu segera di masa akan datang.

    Komen oleh rahim rpr | 31 Mei 2011

  4. minta tolong persatuan buka mata kepada pemandu ambulan di klinik,2 pemandu,kerja 24 jam 10 hari berturut -turut ”on call”, mintalah elaun kritikal,hanya m.a dan s.n sahaja yang dapat,pemandu apa cerita? kerja sama sahaja,kalau m.a bangun tengah malam pemandu pun bangun tengah malam…kami pun bayar yuran keahlian bulan-bulan

    Komen oleh radzi | 4 Oktober 2012

  5. slm.. tertarik dgn insyuran kelompok percuma. mcm mn hendak memohon? yg sy tahu ada bayaran tambahan tok insyuran?

    Komen oleh bardhtjs | 5 Februari 2013

  6. tiada bayaran tambahan untuk insuran kelompok, insuran melalui persatuan adalah ditanggung sepenuhnya oleh persatuan kebajikan pemandu sendiri. AHli tak perlu bayar.

    Komen oleh ambulan | 20 Mei 2013

  7. Nak tanya pada yg berkenaan,kita sbg pemandu bekerja x tentu masa.disini saya nk tanya soalan,adakah pihak majikan wajib untuk bg tempat bilik pemandu bg pemandu.memandangkan ada sesetengah pejabat kesihatan tidak ada bilik pemandu

    Komen oleh jack | 24 Oktober 2013

  8. Tahniah dan syabas atas inisiatif sebegini baik demi kebajikan bersama. Tapi jangan dilupa mengenal pasti kenapa sikap pemandu, seperti tidak memakai uniform semasa bertugas dan lain-lain begitu ketara. Tahniah sekali lagi.

    Komen oleh awang | 16 Ogos 2014


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: