Ambulan's Blog

Di Sini Bermulanya Ambulan Anda

Kembara Udon Thani Thailand dan Laos

25hb julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan dan bermaksud sudah 16 hari umat islam malaysia berpuasa ramadhan. Pada malam ini juga bermulalah perjalanan aku dari kuantan menuju ke kampung isteriku Udon Thani, Thailand. Tiket bas telah aku tempah 2 minggu yg lalu, Kuantan ke Rantau Panjang. Bas dijadualkan jam 10.30mlm, dan jika tiada sebarang masakah serta halangan, mungkin lebih kurang 6.30 pagi aku akan sampai Rantau Panjang.

Sebelum mulakan perjalanan, sempat jugak aku bergambar dulu seorang diri. Aku mulakan dengan berjalan kaki dari rumah di Kampung Tengah menuju ke stesen bas di perkarangan stadium darul makmur. Perjalanan kaki memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja dan aku sampai di stesen bas lebih kurang 10.05minit. Nampaknya masih banyak lagi masa yg aku ada utk lepak di dan relex di stesen bas, maka dapatlah aku membuat sedikit catatan perjalanan ini sambil menunggu jam 10.30mlm.

 

Bas memulakan perjalanan lebih kurang 10.40 mlm, lewat sedikit kerana menunggu penumpang yg tak sampai lagi. Perjalanan semuanya lancar cuma agak perlahan kerana bandar kuantan sekarang terlalu jem angkara percubaan laluan baru selama 3 bulan. Dalam hampir setengah jam jugak, barulah bas dapat tiba di kawasan beserah dan tiada lagi masalah jem. Lebih kurang jam 1.45pagi,bas tiba di rantau abang utk berhenti makan dan sekaligus bersahur. Rasa seperti tak nak turun makan kerana masih awal lagi utk bersahur, namun aku turun bersahur juga apabila memikirkan perjalanan sampai rantau panjang lebih kurang 6.30 pagi, melepasi waktu bersahur. Tambahan pula pemandu bas menyatakan hanya sekali saja berhenti makan. Selera takde sangat, cuma aku paksakan diri ambik nasi goreng, telur goreng dan teh o. Dengan harga rm4.00 kiranya okeylah tu, taklah mahal sangat. Bas bergerak semula pada jam 2.30pagi terus ke destinasi tujuan. Aku cuma pejamkan mata dan mudah mudahan tapi jugak melelapkan mata utk sejam dua.

Celik mata je, rupanya bas telah sampai di Tanah Merah dan berhenti menurunkan penumpang. Tengok jam dah hampir pukul 6pagi, nampaknya pasti aku akan sampai lewat dari anggaran perjalanan. Tambahan pula, bas masuk ke bandar pasir mas utk menurunkan penumpang seterusnya. Kira kira 5km sebelum sampai di rantau panjang, bas melalui sekatan pemeriksaan oleh UPP, unit pencegah penyeludupan. Bas diarahkan ke tepi jalan utk pemeriksaan penumpang,manalah tau kot kot ada pendatang haram kot. Semua  penumpang dikehendaki keluarkan kad pengenalan ataupun pasport. Bagi yang Kad Pengenalan seperti aku, tiada sebarang masalah dan cuma tunjukkan sahaja. Namun mereka yang menunjukkan pasport, memang banyak soal jawab, bahkan setiap muka surat di pasport di belek dan diteliti. Seoranb wanita dari indonesia diarahkan turun dari bas, kerana pasport ada sedikit masalah. Aku sendiri tak pasti apa masalah sebenarnya, yang aku tahu pegawai upp menyatakan turun dulu dari bas dan bawa semua beg dan jumpa pegawai dulu. Sebaim sahaja wanita indonesia turun, bas terus dibenarkan meneruskan perjalan ke rantau panjang.

 

Akhirnya bas tiba di rantau panjang jam 7.05pagi, nampaknya aku terlepas subuh dah ni. Tak buang masa terus aku menuju ke surau bagi menunaikan solat subuh segera. Selesai solat aku bukak tablet dan hantar sms ke isteri ku memaklumkan yg aku telah tiba di rantau panjang dan akan bergerak jalan kaki memasuki thailand melalui sg golok. Sepanjang berjalan kaki ni, beberapa keping gambar aku ambil utk kenangan perjalanan ini. Segala pemeriksaan imigresen malaysia dan thailand tiada sebarang masalah dan segalanya berjalan lancar. Seterusnya aku menumu 7 eleven di golok utk beli ubat gigi, rupanya aku terlupa bawa ubat gigi. Beli yang saiz kecil je, baru 14bath, lebih kurang rm1.50. Nasib baik juga isteri aku memberikan aku wang bath sebagai belanjan awal sebelum aku dapat menukarkan wang di sini. Untuk makluman, waktu di thailand adalah satu jam lewat dari malaysia. Maknanya sewaktu aku beli barang di 7eleven, jam baru 6.40pagi thailand. Dan tempat utk menukarkan matawang di sini dibuka paling awal jam 8pagi waktu thailand.masuk golok

 

Seterusnya aku menuju ke DD Tour utk menaiki van bagi perjalanan seterusnya iaitu ke Narathiwat Airport. Bayaran van adalah sebanyak 180bath, dan akan bergerak jam 9.30pagi thailand. Aku belek jam yg dipakai baru jam 8.10pagi malaysia,maknanya 7.10 pagi thailand. Ada lebih kurang 2 jam 20 minit aku perlu menunggu di sini sebelum boleh naik van utk ke airport. Aku ambil masa utk duduk rehat di DD Tour sambil membuka tablet dan menulis catatan perjalanan dan hantar sms seterusnya kepada isteriku tentang perkembangan perjalanan.

 

Agak lebih kurang sejam aku lepak kat DD Tour, aku mula bosan menunggu. Rasanya dah banyak kedai telah dibuka, bolehlah jalan jalan dan ambil gambar sekeping dua. Berjalan kaki di pekan golok cukup menarik, ini kerana dengan kehadiran tentera yg menunggu di setiap simpang jalan. Bahkan tentera bersenjata senapang automatik. Kenderaan tentera yang berfungsi sebagai unit pengesan bom juga kelihatan meronda dan memeriksa apa yg patut. Aku berhenti rehat di sebuah masjid di pekan golok, penduduk di sini memanggil masjid ini dengan nama masjid pakistan. Aku ambil peluang untuk berbaring di masjid ini lebih kurang 30minit sambil memeriksa kembali pasport, telefon dan lain lain yang berkaitan.

 

Dalam perjalanan kembali ke DD Tour aku ambil kesempatan untuk menukar matawang malaysia ke thai. Nampaknya kadar tukaran di golok adalah 9.68. Bolehlah tahan, walaupun tak cukup tinggi seperti sebelum ni yang boleh mencecah 9.8. Dengan mudah kata, kalau aku tukar rm100 maka aku akan dapat 968bath. Tak perlu aku tukar banyak sangat, cukuplah sekadar yang perlu. 5 minit sebelum 9.30, van utk ke airport pun sampai. Ok, nampaknya perjalanan setakat ni cukup lancar. Perut masih lagi ok dan tak meragam memandangkan bersahur dgn nasi goreng lebih kurang pukul 2pagi. Harap harap aku tak perlu rukhsah musafir walaupun kalau ikutkan jarak perjalanan memang dah layak pun.

 

Van mulai bergerak meninggalkan pekan golok selepas menunggu lebih kurang 10minit. Aku tanya pemandu berapa lama perjalanan menuju airport, maklumat yang diberi tahu adalah kurang 45minit kalau takde masalah sekatan tentera. Ini kerana dalam perjalanan utk ke airport sekatan tentera cukup banyak sekali. Baru saja bergerak tak sampai lima minit, telah pun melalui sekatan pos tentera. Kenderaan kami tiada masalah melalui sekatan yang pertama ni. Kelihatan papantanda jalan yang menunjukkan 63km utuk ke bandar narathiwat. Agak agaknya berapalah jarak sebenar untuk sampai airport narathiwat? Lebih atau kurang dari jarak 63km tu.

 

Untuk tiba ke airport sebanyak 7 sekatan tentera dan satu sekatan polis yang ditempohi. Dan apabila tiba di bandar narathiwat masih ada berbaki perjalanan lebih kurang 16km ke airport. Akhirnya setelah hampir 1jam 20 minit sampai jua di airport, dan memang kawalan agak ketat. Pintu masuk pagar diperiksa rapi oleh tentera termasuk juga imbas bawah kenderaan, manalah tau kot kot ada bom. Setelah beg diimbas, dan daftar masuk telah beres, aku pun duduk berehat menunggu lagi lebih kurang 12.00tgh waktu sini. Nampaknya sejam lebih juga aku kena tunggu ni, takpe masa terluang boleh aku guna untuk membuat catatan dan gosok gigi, maklumlah tak gosok lagi gigi hari ni.

 

Menunggu di sini betul betul mencabar perut aku, mentang mentanglah kat sini boleh makan secara terbuka kepada sesiapa saja termasuk orang islqm walaupun siang hari ramadhan. Perut aku pun mula berbunyi tanda lapar, namun masih boleh utk aku kawal lagi, sebab tiada rasa dahaga. Namun, bau bauan makanan yang semerbak mewangi betul betul menganggu puasa aku hari ni. Alamak, sedaplah pulak bau kopi yg mamat sebelah aku ni minum. Ini takleh jadi ni, aku kena buat sesuatu sebelum hilang kawalan. Apa lagi, aku beralih tempat lain dan takde sesiapa yg hampir dgn aku. Tengok jam, masih kena tunggu 50minit lagi sebelum boarding time. Sekarang baru fikiran aku tenang dari gangguan makanan dan minuman. Aku offkan hanset nokia dan keluarkan kad sim maxis dan masukkan kad sim thai, namun puas aku teraba raba mencari di beg aku, wallet dan tepi beg galas. Mana pulak kad sim ni, atau aku tertinggal di rumah? Bila aku cuba ingatkan semula betul betul, confirm aku tak ambil kad sim atas meja solek di rumah. Takde pilihan aku mesti gunakan telefon awam utk lapor diri pada isteri aku. Malang sedikit, telefon awam di lapangan terbang ini hanya ada satu sahaja dan ianya tidak berfungsi. Cehh… hampeh betullah. Nampaknya aku kena tunggu sampai di bangkok dulu baru boleh cuba hubungi isteri aku. Samada aku beli sim kad thai yg baru, atau guna telefon awam je.

Don Mueang

Akhirnya aku tiba di Don Meaung bangkok pada jam 2.20ptg, tanpa buang masa aku terus ke kaunter airasia bagi check in perjalanan seterusnya menuju ke udon thani. Boarding jam 3.40ptg dan penerbangan jam 4.20ptg, maknanya aku perlu menunggu lagi lebih kurang sejam lebih. Jadi pertama sekali aku cari telefon awam untuk lapor diri pada isteri dulu. Anggaran ketibaan aku di udon thani ialah jam 5.20ptg dan aku harap sempat bersolat jamak zohor dikumpulkan dalam asar. Sambil perlahan lahan aku berjalan menuju ke gate 41 bagi boarding, terjumpa pulak aku dengan foot massage yang disediakan di airport. Bayaran yang dikenakan 250bath bagi 30minit. Memandangkan aku masih lebih sejam, maka aku ambik urutan utk 30 minit je. Tak berani aku nak cuba 1jam manakah tau kot kot terlepas pulak penerbangan ni. Foot massage yang ni betul betul thai style dan original, takde extra servis beb macam kat thai massage di kuantan dan banyak tempat lain di malaysia. Sambil sambil diurut, sempat jugak aku bukak tablet dan menambahkan catatan tambahan dan mempraktikan skil bahasa thai aku dgn tukang urut di sini.

Udon Thani airport

Dipendekkan cerita akhirnya jam 5.30ptg aku sampai tepat di udon thani airport. Di ruangan ketibaan, aku tercari cari kelibat isteri ku sekiranya dia menunggu. Kalau dia taktunggu aku nak ambik taxi atau van menuju pusat bandar udon dgn jaraklebih kurang 5km sahaja. Memanb benar sangkaanku,gg ksteri ku menunggu di airport. Tanp buang masa, kami berdua berjalan kaki sahaja keluar dari kawasan airport menuju jalan besar utk naik tuk tuk menuju bandar. Perkara pertama yg aku perlukan ialah caro hotel yang berhampiran 7eleven. Utk hari ini, aku cumamahu rehatkan badandan minda. Esok baru aku akf ke kampung isteriku yang berjarak lebib kurang 40km dari banxdar udon thani.

 

Kami memilih hotel sritikarn berhampiran centra plaza yg berharga 400bath semalam. Walaupun harga murah, nammun lengkap dengan free wifi, peti ais, pemanas air, berhawa dingin, mempunyai tv dan katil kelamin. Seterusnya, simpan beg dan kami menuju ke 7eleven utk membeli makanan bagi berbuka puasa mlm ni. Makanan halal yg perku dicari adalah jenis sejuk beku dari berjenama CP Brand. Pilihan aku ialah nasi ayam, sosej dan burger segera. Minuman pula, aku hanya membeli airpanas kosong utk dicampurkan dengan kopi oldtown yg aku  bawa dari kuanntan. Aku bersahur juga dgn makanan yang sama, sebab tu sengaja aku beli lebih, agar aku tak perlu nak keluar semula utk cari makanan sewaktu bersahur nanti.

 

Paginya setelah berkemas dan check out hotel, destinasi seterusnya adalah stesen bas bagi meneruskan perjalanan ke Nong krai. Kami berjalanan kaki menuju stesen bas yang berjarak lebih kurang 100meter dari hotel. Perjalanan dari Udon Thani ke Nong Krai lebih kurang 45km dan tambang bas adalah 50bath seorang. Namun sesuatu yang menarik tentang bas ini, ialah disediakan selimut, bahkan disetiap belakang kerusi ada tempat seperti meja lipat kecil utk kemudahan meletakkan makanan. Tak dapat juga, utk aku gunakan kemudahan ini, maklumlah puasa. Sebaik sahaja sampai di Nong Khai, kami berjalan kaki lebih kurang 50meter keluar dari stesen teksi dan kawan isteriku telah pun menunggu kami. Masuk saja dlm keretanya, aku sedikit terkejut beruk kerana ada pistol, peluru dan jaket kalis peluru di tempat duduk belakang. Rupa rupanya kawan isteriku adalah seorang polis di sini. Terus kami dibawa ke rumahnya yg berjarak lebih kurang 4 km sahaja. Keadaan rumahnya cukup menarik, sempat jugaklah aku berposing utk bergambar di sini. Kami berehat lebih kurang setengah jam sahaja, sebelum kawan isteriku mengajak kami gi meronda di Laos. Cadangan tu memang menarik, cuma aku sedikit ralat memandangkan kebenaran keluar negera yg aku dapat dari jknp cumalah utk thailand sahaja. Akhirnya aku setuju dan ikut jelah, maklumlah peluang begini bukannya selalu datang.

 

Utk ke laos kami menaiki keretanya sehingga ke sempanan jambatan yg merentangi sungai dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke imegrisen thailand. Sebaik sahaja selesai urusan pasport di sini, kami perlu menaiki bas utk menyeberang jambatan dan perlu melalui imegrisen laos pula. Bas yang membawa kami hanya membawa setakat ini sahaja, selepas tu pandai pandailah sendiri. Pemeriksaan imegrisen laos tiada masalah dan berjalan lancar. Selepas melepasi pemeriksaan, rupanya telah ada kenalan kepada kawan isteri ku menunggu utk membawa kami berjalan jalan sekitar ibu negara laos. Taklah besar sangat ibu kota laos ini, bahkan bandar kuantan lebih besar darinya. Kesempatan bergambar tidak aku lepaskan, bahkan aku sendiri berposing tumpang syok. Kami meluangkan masa lebih kurang 2 jam di laos dan terus pulang kembali ke nong khai kerana malam nanti nak terus balik ke udon thani dan ke kampung isteriku.

mekong rivermekong

Sebaik saja sampai di bandar nong khai, kami mengambil kesempatan utk membeli cenderahati berhampiran bazar di mekong river. Rasanya lebih dari sejam setengah, kami berjalan jalan sambil bergambar dan membeli apa yang patut. Harga barang di sini lebih murah dari sg golok dan rantau panjang, namun aku ni bukan jenis kaki shopping. Apa yang aku beli cumalah key chain utk dijadikan cenderahati buat kenalan di kuantan nanti. Setelah beli apa yang patut dan bergambar sekadar perlu, kami hendak menuju ke stesen bas bagi pulang ke kampuwapi, udon thani. Akan tetapi kawan isteriku bertegas mahu menghantar kami terus ke kampung isteriku. Perjalanan dari nong khai ke kumpawapi lebih kurang 80km, namun kawan isteri tetap mahu juga menghantar dan kami setuju sahaja sebab lebih  menjimatkan masa. Lebih kurang baru 20minit perjalanan dimulakan, jam terus menunjukkan pukul 6.20petang thai dan lebih kurang 12 minit lagi waktu magrib dan berbuka puasa. Aku memaklumkan kawan isteri ku, supaya berhenti jika terjumpa 7eleven di perjalanan bagi membolehkan aku membeli sedikit makanan segera dan minuman bagiberbuka puasa. Aku menunggu sehingga jam  6.50ptg barulah mula berbuka puasa, saja aku lewatkan sedikit. Ini kerana aku cuma ada maklumat waktu maghrib utk narathiwat dan bangkok sahaja. Sebagai berjaga jaga aku pilih yang mana paling lewat dan aku lewatkan 10minit lebih lewat.

 

Jam hampir 8 mlm sewaktu kami tiba di kumpawapi dan terus mencari resort utk bermalam hari ini, nampaknya esok juga baru aku boleh gi jumpa mak mertua aku dan ipar ipar serta saudara mara isteriku. Resort yg aku menginap cuman 5km dari rumah isteriku, dgn harga 500bath semalaman memang puas hati sesangat sangat ditambah pula ada wifi disediakan percuma dan bilik cukup luas. Sebaik sahaja selesa solat aku terus berbaring utk tidur dalam keadaan tidak mandi, bukannya letih sangat pun cuma aku malas nak mandi. Berbaring sampai posting gambar ke fb dan terus makan utk bersahur seterusnya memejamkan mata utk tidur. Harap harap segalanya lancar esok hari.

 

Sebaik sahaja selesai solat subuh, perlahan lahan mengemas beg pakaian bari memulakan perjalanan baru iaitu ke rumah ibu mertua ku. Berdebar debar jugak jantung aku ni, maklumlah pertama kali dan tambahan pula berlainan adat dan budaya. Dari resort untuk sampai ke rumah mak mertua aku hanyalah 5 minit perjalanan kereta.  Sekiranya ada masa kesempatan akan akan coretkan tambahan perjalanan pulang aku dari Udon Thani menuju Kuantan yg memakan masa 4 hari 3 malam dengan jarak hampur 2500km dengan membawa kereta Isuzu Rodeo kepunyaan isteriku.

9 September 2014 - Posted by | Coretan | , , , , ,

1 Komen »

  1. Howdy are using WordPress for your blog platform?
    I’m new to the blog world but I’m trying to get started and
    set up my own. Do you require any html coding knowledge to make your own blog?

    Any help would be really appreciated!

    Komen oleh http://www.taxibarnstaple.net/ | 25 September 2014


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: